Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCameron Highlands – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isyam Ishak bersama-sama rombongan telah mengadakan tinjauan kerja terhadap syarikat Nuovoland, baru-baru ini.
Lawatan tersebut untuk memasti dan menjamin keberkesanan teknologi, iaitu Synthesize Automotion Solution Agricultural System dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan meninjau sceara langsung teknologi yang telah dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengairan dan pembajaan secara sistematik, sekali gus meningkatkan produktiviti.

Sementara itu, wakil syarikat tersebut memaklumkan bahawa penerapan teknologi baharu telah membuktikan penjimatan masa operasi. Malah, melalui teknologi tersebut dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan kerja yang menyeluruh di ladang.

Turut hadir dalam lawatan kerja termasuklah Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian, YBhg. Puan Aina Azza Haji Zaid; CEO Nuovoland, Encik Lau Shu Yuan, Encik Yaik Chin Luuh dan para pegawai KPKM.
