Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 21 Jun 2025, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cameron Highlands – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isyam Ishak bersama-sama rombongan telah mengadakan tinjauan kerja terhadap syarikat Nuovoland, baru-baru ini.

Lawatan tersebut untuk memasti dan menjamin keberkesanan teknologi, iaitu Synthesize Automotion Solution Agricultural System dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan meninjau sceara langsung teknologi yang telah dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengairan dan pembajaan secara sistematik, sekali gus meningkatkan produktiviti.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) YBhg. Datuk Seri Isyam Ishak bersama-sama Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian, YBhg. Puan Aina Azza Haji Zaid berkesempatan meninjau dan memantau teknologi sistem pengairan di kawasan ladang tersebut.

Sementara itu, wakil syarikat tersebut memaklumkan bahawa penerapan teknologi baharu telah membuktikan penjimatan masa operasi. Malah, melalui teknologi tersebut dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan kerja yang menyeluruh di ladang.

Wakil syarikat menunjukkan benih tanaman kepada Ketua Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isyam Ishak.

Turut hadir dalam lawatan kerja termasuklah Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian, YBhg. Puan Aina Azza Haji Zaid; CEO Nuovoland, Encik Lau Shu Yuan, Encik Yaik Chin Luuh dan para pegawai KPKM.

 

Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian, YBhg. Puan Aina Azza Haji Zaid turut mengambil kesempatan membeli hasil tanaman ladang sebagai sokongan terhadap sektor pertanian tempatan.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi