Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKetua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau menekankan kepentingan bengkel tersebut sebagai sebahagian daripada komitmen Nuklear Malaysia untuk memperkukuh asas penyelidikan dalam kalangan para penyelidik.

“Oleh hal yang demikian, jadikanlah bengkel ini sebagai platform untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran masing-masing,” kata YBrs. Dr. Rosli Darmawan.
Bengkel berkenaan menampilkan dua orang penceramah terkemuka, iaitu YBrs. Dr. Sarina Abdul Halim Lim dari Universiti Putra Malaysia dan Profesor Madya Ts. Dr. Wan Abd Al Qadr Imad Wan Mohtar dari Universiti Malaya yang masing-masing berkongsikan pengetahuan serta pengalaman dalam metodologi penyelidikan, analisis statistik dan etika penyelidikan yang relevan dengan bidang sains dan teknologi nuklear.


Dengan adanya penganjuran bengkel seumpama ini, Nuklear Malaysia berupaya meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan para penyelidik dalam menjalankan penyelidikan yang berkualiti tinggi serta mematuhi standard etika dan profesional.
