Diterbitkan pada 11 Julai 2024, 09:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Bangi – Pusat Pengurusan Penyelidikan, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Asas Penyelidikan yang membincangkan aspek metodologi, statistik dan etika penyelidikan di Dewan Tun Dr. Ismail, Nuklear Malaysia.

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau menekankan kepentingan bengkel tersebut sebagai sebahagian daripada komitmen Nuklear Malaysia untuk memperkukuh asas penyelidikan dalam kalangan para penyelidik.

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan.

“Oleh hal yang demikian, jadikanlah bengkel ini sebagai platform untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran masing-masing,” kata YBrs. Dr. Rosli Darmawan.

Bengkel berkenaan menampilkan dua orang penceramah terkemuka, iaitu YBrs. Dr. Sarina Abdul Halim Lim dari Universiti Putra Malaysia dan Profesor Madya Ts. Dr. Wan Abd Al Qadr Imad Wan Mohtar dari Universiti Malaya yang masing-masing berkongsikan pengetahuan serta pengalaman dalam metodologi penyelidikan, analisis statistik dan etika penyelidikan yang relevan dengan bidang sains dan teknologi nuklear.

YBrs. Dr. Sarina Abdul Halim Lim ketika berinteraksi dengan para peserta bengkel.
Para peserta tekun mendengar sesi perkongsian yang disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Wan Abd Al Qadr Imad Wan Mohtar.

Dengan adanya penganjuran bengkel seumpama ini, Nuklear Malaysia berupaya meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan para penyelidik dalam menjalankan penyelidikan yang berkualiti tinggi serta mematuhi standard etika dan profesional.

Sesi perbincangan antara para peserta dalam Bengkel Pemantapan Asas Penyelidikan.
Bengkel berkenaan turut melibatkan penyertaan sebanyak 60 orang pegawai penyelidik dari pelbagai bahagian di Nuklear Malaysia.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi