Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan National Science Challenge (NSC) 2026, pertandingan tahunan berprestij yang bakal membawa pulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun hingga 16 tahun di seluruh negara.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang, pertandingan ini merupakan platform strategik untuk pelajar meneroka potensi diri dalam bidang STEM.
Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), YM Academician Datuk Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen pula menekankan bahawa kejayaan NSC bukan sekadar diukur melalui bilangan penyertaan.
Jelasnya,
Pertandingan ini mampu memberikan inspirasi kepada pelajar dengan melihat sains sebagai alat perubahan masyarakat dan ASM percaya sains perlu dikaitkan dengan penyelesaian dunia sebenar.
Pendaftaran NSC 2026 bermula pada 12 Februari 2026 hingga 1 April 2026 melalui laman sesawang Cabaran NSC.
Pemenang akan membawa pulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri, lawatan sambil belajar ke luar negara, biasiswa pendidikan NSC dan pelbagai hadiah menarik.
NSC 2026 disokong oleh Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat, Young Scientists Network-ASM, Sasbadi Online dan e-estidotmy. Maklumat lanjut boleh capai melalui laman sesawang Cabaran NSC.