Diterbitkan pada 12 Februari 2026, 15:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) merasmikan pejabat baharunya di Menara Ochre @ Alamanda, Putrajaya bagi memperkukuh peranannya sebagai pemacu utama ekosistem bakat teknologi dan teknikal negara serta mempercepat pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan kepada industri, pengamal teknologi dan masyarakat.

Berdasarkan kenyataan MBOT, kedudukan pejabat baharu yang berdekatan dengan kementerian dan agensi kerajaan akan memperkukuh koordinasi antara pihak berkepentingan.

Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MBOT memainkan peranan strategik dalam pembangunan profesional berterusan, pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengiktirafan laluan kerjaya teknologis dan juruteknik.

Sejak penubuhannya, MBOT beroperasi di Ayer@8, Putrajaya dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang sebelum mengembangkan operasinya melalui pejabat satelit di Futurise, Cyberjaya dan menyatukan tenaga kerjanya di dua unit berasingan di Ayer@8, Putrajaya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Chang Lih Kang dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad; Presiden MBOT, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Pendaftar MBOT, YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail; barisan pengurusan tertinggi MBOT; pegawai kanan MOSTI serta wakil industri.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi