Diterbitkan pada 12 Februari 2026, 10:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kundasang – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempergiat usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bawang menerusi penganjuran Bengkel Teknologi Penanaman Bawang Merah di Pine Resort yang menghimpunkan 64 orang peserta dari pelbagai latar belakang industri.

Pengarah MARDI Negeri Sabah, YBrs. Dr. Helda Souki ketika menyampaikan ucapan penutupan program.
Tanaman bawang merah MARDI (Baw-2).

Program tersebut melibatkan usahawan bimbingan, usahawan tani muda, benefisiari umum serta penjawat awam dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah yang memfokuskan pendedahan kepada teknologi terkini, pengurusan tanaman secara sistematik dan kawalan penyakit bagi meningkatkan kualiti hasil.

Sesi taklimat turut disampaikan di lapangan.

Antara pengisian utama program tersebut termasuklah sesi perkongsian potensi bawang merah di Malaysia oleh Puan Wan Rozita Wan Engah serta latihan amali yang dikendalikan oleh pakar dari Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Serdang, iaitu Puan Najah Yahaya dan Encik Muhamad Khairulnizam Hamda.

Program tersebut turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman dan kejayaan usahawan, Encik Shahrizal Denci sebelum para peserta dibawa melawat ladang bagi melihat persediaan tapak penanaman bawang serta pembangunan pusat pengeringan bawang yang sedang giat dijalankan.

Suasana di pusat pengeringan bawang.
Bawang yang telah dikeringkan dijual atau dijadikan sebagai benih.
Para peserta di pusat pengeringan bawang.
Tapak baharu penanaman dan pengeringan bawang.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi