Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) melalui Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan Tabung Alam Sedunia (WWF)–Malaysia memandang serius peningkatan drastik insiden roadkill yang melibatkan hidupan liar di negara ini.
Menurut NRES dalam satu kenyataan, rekod Jabatan PERHILITAN menunjukkan lebih 2300 insiden roadkill telah berlaku dari tahun 2020 hingga tahun 2024.
Katanya,
Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) yang menghubungkan antara Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang mencatatkan insiden roadkill tertinggi.
NRES juga memaklumkan bahawa Sesi Meja Bulat Peringkat Tertinggi mengenai tindakan segera penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat untuk manusia dan hidupan liar di JRTB telah diadakan pada 17 Julai 2025.
Tambahnya, sesi tersebut dihadiri oleh 60 orang jemputan daripada pihak berkepentingan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan utama seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, wakil kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, sektor swasta termasuklah pemegang konsesi lebuh raya serta Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (EMPTA).
Ujarnya, beberapa langkah pencegahan untuk jangka masa pendek telah dikenal pasti termasuklah mengukuhkan perundangan, pemasangan papan tanda mesra alam serta meningkatkan kesedaran pemandu dan menggalakkan tingkah laku jalan raya yang bertanggungjawab.
Maklumnya,
Penyelesaian untuk jangka masa pertengahan dan jangka masa panjang pula melibatkan pengayaan habitat, meningkatkan ketersambungan hutan dan memelihara lintasan hidupan liar yang sedia ada.
Menurut NRES, pelaksanaan langkah tersebut harus diperkukuh dan dilaksanakan secara proaktif lebih-lebih lagi bersempena dengan Sambutan Hari Gajah Sedunia (WED) pada 12 Ogos setiap tahun.
Aspirasi WED bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang kepentingan pemuliharaan dan perlindungan spesies gajah serta ancaman yang dihadapi, selaras dengan Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah Kebangsaan.
Bersempena dengan WED 2025, WWF–Malaysia memeterai surat perjanjian dengan EMPTA untuk bekerjasama dalam inisiatif yang menggalakkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan roadkill hidupan liar.
Ulasnya lagi, kerjasama ini membabitkan syarikat pengangkutan, penyedia perkhidmatan logistik dan pihak berkepentingan lain untuk mempromosikan amalan pemanduan yang selamat apabila melalui zon ekologi.
Katanya,
WED 2025 diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara hidupan liar termasuklah gajah dan mengukuhkan sokongan pelbagai pihak berkepentingan bagi melindungi serta memulihara gajah demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.