Diterbitkan pada 12 Mei 2025, 15:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tambunan – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menyertai Sambutan Mini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) Tahun 2025 yang telah berlangsung di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, Pekan Tambunan, Sabah.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Program yang bertemakan “Kudrat Kami, Menjamin Pertiwi” itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan serta dihadiri oleh Pembantu Menteri MAFFI.

Majlis Perasmian Sambutan Mini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merakamkan penghargaan kepada para penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang yang terdiri daripada usahawan tani dari kawasan pedalaman Sabah, khususnya Tambunan.

Antara penerima anugerah tersebut termasuklah Hezzro Abie, 32 tahun dari Kampung Kerokot, Tambunan yang berjaya meraih hasil jualan sebanyak 8.3 tan produk pertanian bernilai RM83,000.00.

Usahawan muda ini mengusahakan projek tanaman terung, cili bara, bawang dan sayur-sayuran lain di kampung halamannya.

Hezzro Abie bersama-sama hasil tanaman bawang di Kampung Kerokot, Tambunan yang membawanya meraih Anugerah Pencapaian Cemerlang HPPNS 2025.
Hasil tanaman bawang oleh usahawan muda, Hezzro Abie, dari Kampung Kerokot, Tambunan yang menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Program Mini HPPNS 2025.

Sepanjang program, MARDI turut membuka reruai pameran yang menampilkan pelbagai teknologi pertanian terkini seperti teknologi penanaman dan pengendalian lepas tuai bawang (Baw-2); teknologi ayam saga; teknologi nanas ms-16; teknologi Coffea liberica 8, 9, 10; teknologi projek perintis tanaman MARDI; perkhidmatan analisis produk makanan dan pertanian; teknologi kilang tanaman.

Turut dipamerkan ialah fungsi dan peranan MARDI, termasuklah operasi di Sabah serta kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan.

Jualan buku penerbitan MARDI turut menarik perhatian ramai pengunjung, terutama dalam kalangan petani dan pengusaha tani.

Kakitangan MARDI berganding bahu menjayakan reruai pameran bersempena Program Mini HPPNS 2025 di Tambunan sebagai usaha memperkasakan teknologi pertanian tempatan
Reruai Ayam Saga MARDI menarik perhatian pengunjung yang ingin mengetahui keistimewaan baka ini serta potensinya dalam penternakan komersial.
Pegawai MARDI memberikan penerangan kepada pengunjung mengenai teknologi pengeluaran bawang merah yang dipamerkan sempena Program Mini HPPNS 2025 di Tambunan.
Buku terbitan MARDI menarik minat pengunjung yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang pertanian moden.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pegawai jabatan atau agensi, perwakilan badan bukan kerajaan, pihak media dan jemputan khas dalam kalangan penggerak industri pertanian, selain peladang, penternak dan nelayan di seluruh Sabah.

Sebahagian daripada pengunjung yang singgah di reruai MARDI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang inovasi dan teknologi pertanian yang dipamerkan.
Usahawan tanaman, Jim dari Kimanis, Papar turut hadir memeriahkan Program HPPNS Tahun 2025.
Sekitar suasana di reruai MARDI pada waktu siang.
Reruai MARDI tetap menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam sepanjang HPPNS 2025.
Warga kerja MARDI bersama-sama menjayakan penyertaan agensi dalam Program HPPNS 2025.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi