Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon Geran Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh 2025.
Geran penyelidikan perubatan ini merupakan program tahunan di bawah Kumpulan Wang Amanah Penyelidikan Perubatan Ranjeet Bhagwan Singh (RBS).
Geran ini dianugerahkan kepada seorang saintis muda Malaysia bagi menyokong penyelidikan perubatan atau bioperubatan.
Saintis muda, terutamanya dari bidang perubatan dan sains perubatan yang memerlukan sokongan suntikan dana dipelawa untuk memohon.
Pemohon yang berjaya akan menerima geran penyelidikan berjumlah RM50,000.
Pemohon boleh membuat permohonan mereka melalui pautan https://www.mytopscientists.org/v3/register.aspx atau mengimbas kod QR yang dilampirkan di dalam poster.
Tempoh permohonan bermula dari 2 Januari 2025 dan akan berakhir pada 28 Februari 2025 jam 11.59 malam.
Pihak penganjur telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon seperti pemohon geran ini hendaklah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia, berumur 40 tahun dan ke bawah, taraf pendidikan sekurang-kurangnya ijazah pertama (ijazah sarjana muda) dan bekerja di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau di mana-mana institusi penyelidikan di Malaysia.
Pemohon yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai geran ini boleh menghubungi talian 03-6203 0633 melalui sambungan 131/125.
Pemohon juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai geran ini.
Bagi tujuan semakan syarat kelayakan, pemohon boleh melayari pautan ini.