Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 28 Disember 2024, 16:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya- Program Takrif  Elektrik Tenaga Hijau akan diteruskan pada tahun 2025 dengan penawaran kuota 6600 GWj dengan kadar premium yang sama, iaitu 10 sen/kilowatt-jam (kWj) untuk pengguna voltan rendah dan 20 sen/kWj bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada sidang media yang diadakan semalam.

Menurut PETRA dalam satu kenyataan, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan sejak tahun 2015 serta membolehkan pengguna membuat langganan sehingga tahun 2017 dalam memberikan kepastian dalam perancangan langganan  bekalan tenaga hijau.

Jelas PETRA,

Program Takrif Elektrik Tenaga Hijau telah diperkenalkan pada tahun 2021 merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan bekalan elektrik  yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) berhasrat untuk mngurangkan karbon. Program ini telah membekalkan secara kumulatif sebanyak 9400 GWj bekalan elektrik hijau kepada melebihi 3000 pengguna elektrik dalam pelbagai kategori dan membantu pengguna dalam memenuhi komitmen Environmental, Social and Corporate Governance (ESG), khususnya dari aspek penghindaran pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan tenaga elektrik hijau.

Sehubungan dengan itu, PETRA meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas langganan bagi mengekalkan keyakinan pengguna terhadap program tersebut serta menyelaras beberapa komitmen ESG yang diperlukan oleh syarikat korporat.

Antara inisiatif yang diperuntukkan kerajaan termasuklah pengguna yang melanggan program Takrif Elektrik Tenaga Hijau (2025) tidak akan dikenakan sebarang caj Imbalance  Cost Pass Through (ICPT) sebagai gambaran sebenar bahawa tenaga  elektrik hijau tidak terdedah kepada pergerakan  harga bahan api.

Sementara itu, inisiatif kedua, kadar premium Takrif Elektrik Tenaga Hijau pada tahun 2025 ditetapkan pada kadar 10 sen/kWj bagi pengguna kediaman dan pengguna bukan kediaman voltan rendah (tarif Perdagangan B, Perindustrian D,Perlombongan F, Pertanian Spesifik H serta Lampu Jalan G&G1) dan 20 sen/kWj bagi pengguna bukan kediaman voltan sederhana dan tinggi (tarif Perdagangan C1, C2, C3 & C4, Perindustrian E1, E2 & E3, Perlombongan F1 dan F2 serta Pertanian Spesifik H1 & H2)

Di samping itu, langganan pengguna boleh dilakukan mulai 1 Mac 2025 melalui portal myTNB dan langganan backdate bermula 1 Januari 2025 dan langganan lock in period sehingga 31 Disember 2025.

Tambahan, pengguna juga diberikan pilihan tawaran langganan secara jangka panjang sehingga tahun 2027 disediakan dengan kadar yang rendah, iaitu tempoh satu tahun dengan kadar 10 sen/kWj (voltan rendah), kadar 20 sen/kWj (voltan tinggi); dua tahun dengan kadar 9 sen/kWj (voltan rendah), kadar 19 sen/kWj( voltan tinggi), tiga tahun dengan kadar 8 sen/kWj (voltan rendah), kadar 18 sen/kWj (voltan tinggi).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi