8 November 2024, 11:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pekan – Berteraskan satu daripada tonggak utama dalam kerangka visi Malaysia Madani, iaitu daya cipta, Pelan Digital Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK Pahang) telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam (KIKSA) Pahang 2024 dan Hari Inovasi Negeri Pahang pada 6 November 2024 hingga 7 November 2024 di Hotel Ancasa Royale.

Konvensyen tersebut bertujuan untuk menggalakkan cetusan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam di Pahang bagi meningkatkan keberhasilan kerja dan tatakelola yang cemerlang.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang dua hari konvensyen berkenaan termasuklah pameran reruai inovasi, pembentangan KIKSA, sesi perkongsian inovasi, kuiz interaktif dan Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pengurusan), Yang Hormat (YH) Dato’ Dr. Mohd Zakaria Ibrahim mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob.

“Saya bukan melihat proses inovasi, tetapi saya akan melihat impak yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan pelanggan,” kata YH Dato’ Dr. Mohd Zakaria Ibrahim ketika merasmikan konvensyen berkenaan.

Tambah beliau, projek inovasi yang memenangi pertandingan perlu dipantau selepas enam bulan untuk melihat keberkesanan inovasi yang dicipta dan sumbangannya terhadap negeri Pahang.

Pameran reruai inovasi dalam KIKSA Pahang 2024.

Dalam konvensyen tersebut, pembentangan KIKSA turut dipertandingkan dalam dua kategori, iaitu kategori penciptaan dan kategori penambahbaikan, manakala pameran reruai inovasi dipertandingkan dalam tiga kategori, iaitu kategori sekolah, kategori institut pengajian tinggi dan kategori perkhidmatan kerajaan.

Johan pembentangan KIKSA bagi kategori penciptaan.
Pemenang tempat ketiga pameran inovasi kategori sekolah.

Turut hadir dalam majlis perasmian konvensyen tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Yang Amat Arif Dato’ Haji Abdul Walid Haji Abu Hassan, Pegawai Daerah Pekan, YBhg. Dato’ Zaliza Zulkipli, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, YH Dato’ Razihan Adzharuddin dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Unit Korporat) SUK Pahang selaku penganjur konvensyen ini, Puan Nurul Aini Mohammad.

SENARAI PEMENANG KIKSA PAHANG 2024

Pameran Reruai Inovasi

Kategori sekolah

Tempat pertama: Kumpulan BENTECH EDUCATORS dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bentong.

Tempat kedua: Kumpulan ALMISS 2.0 dari Sekolah Menengah Agama Al-Maarif.

Tempat ketiga: Pasukan Sekolah Kebangsaan Sri Maulana.

Kategori institut pengajian tinggi

Tempat pertama: Kumpulan PLASTECH dari Advanced Technology Training Center (ADTEC) Jerantut.

Tempat kedua: Kumpulan MIM dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub.

Tempat ketiga: Kumpulan The Public Solver dari Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad.

Kategori perkhidmatan kerajaan

Tempat pertama: Pasukan Wira Alam Sekitar dari Majlis Perbandaran Bentong.

Tempat kedua: Kumpulan Magma V3 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Balai Bomba dan Penyelamat Peramu.

Tempat ketiga: Kumpulan Pharm Squad dari Jabatan Farmasi Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Anugerah inovasi harapan

Kumpulan Farlog Pahang dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Anugerah reruai terbaik

Kumpulan Mat Karen dari Majlis Perbandaran Temerloh.

Pembentangan KIKSA

Kategori penambahbaikan

Johan: Kumpulan THE ROME dari Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Naib johan: Kumpulan Sobat Pahang dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Tempat ketiga: Kumpulan MIM dari UiTM Kampus Raub.

Anugerah pembentang terbaik

Nurul Nasrah Abdul Halim dari kumpulan E-MAXIMUS mewakili Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

Anugerah pembentangan terbaik

Kumpulan AGENT dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Gebeng.

Kategori penciptaan

Johan: Kumpulan TEAM-TECH dari Majlis Bandaraya Kuantan.

Naib johan: Kumpulan 3S dari TIM NUKLEUS REJIMEN 882 Pasukan Udara Tentera Darat.

Tempat ketiga: Kumpulan The Miners dari Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd.

Anugerah pembentang terbaik

Hazlina Mohamad Sood dari kumpulan Nadi Dinamik 2.0 mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Anugerah pembentangan terbaik

Kumpulan The Miners dari Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.