Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNilai – Penganjuran Karnival Hari Malaysia Parlimen Rasah 2024 merupakan satu daripada inisiatif bagi menyemarakkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi mempromosikan pembudayaan hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti yang dihimpunkan di bawah satu karnival yang sama ini juga bukan sahaja menggalakkan masyarakat untuk aktif secara fizikal, malah memupuk semangat kebersamaan dan sokongan dalam kalangan penduduk.
Demikian perkongsian Timbalan Naib Canselor Academik, KPJ Healthcare University (KPJU), Profesor Madya Dr. Mohd Izham Mohd Zain yang turut serta dalam Karnival Hari Malaysia Parlimen Rasah 2024 yang diadakan di Padang Awam Kompleks Kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.
“Kerjasama antara pelbagai pihak dapat memperluas jangkauan program kesihatan dan memastikan bahawa mesej tentang kehidupan sihat sampai kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah mereka yang mungkin kurang mendapat capaian kepada maklumat kesihatan,” ujarnya lagi.
KPJU menawarkan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma serta ruang pameran kempen kesedaran tentang pelbagai penyakit kepada para pengunjung.


Pelbagai aktiviti fizikal telah berlangsung dalam Karnival Hari Malaysia Parlimen Rasah 2024 seperti persembahan kebudayaan, zumba, larian keluarga, pertandingan bola jaring dan pertandingan tarik tali yang disertai oleh pelajar dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Kompleks Kuarters KLIA.