Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (PJIM&A) telah menganjurkan Majlis Anugerah Semarak Sanjung 2023 di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis.
Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail berkata, Majlis Anugerah Semarak Sanjung 2023 yang diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan UiTM Cawangan Perlis yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi, kepakaran, jaringan industri, masyarakat, penulisan buku dan keusahawanan sepanjang tahun 2023.

Ujar beliau,
Majlis ini menjadi platform penghargaan dan pengiktirafan kepada para staf akademik dan staf bukan akademik yang telah berusaha secara berterusan sepanjang tahun 2023 dan mencapai pencapaian cemerlang dalam memperkasakan penyelidikan, penerbitan, perundingan, inovasi, jaringan industri, penulisan buku dan keusahawanan di universiti.
Majlis Anugerah Semarak Sanjung 2023 telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada warga UiTM Cawangan Perlis yang telah berjaya menunjukkan prestasi kerja yang mencapai tahap yang terbaik sehingga terpilih sebagai penerima Anugerah Semarak Sanjung pada kali ini.
Kata beliau,
Saya yakin bahawa warga akademik UiTM Cawangan Perlis akan terus menjalankan aktiviti penyelidikan, inovasi, perundingan, penulisan dan program kemasyarakatan untuk memajukan universiti ke tahap global, di samping menyumbang penyelesaian kepada isu kemanusiaan dan persekitaran pada peringkat antarabangsa.
Majlis Anugerah Semarak Sanjung 2023 pada kali ini menawarkan 10 peringkat penghargaan dan 205 peringkat anugerah dalam tujuh kategori yang melibatkan sebanyak 721 orang penerima sijil penghargaan dan 57 orang penerima sijil anugerah.
Staf akademik yang berjaya menempa kejayaan bagi Kategori Penyelidikan ialah YBrs. Profesor Dr. Chuah Tse Seng; YBrs. Profesor Madya Dr. Latisha Asmaak Shafie; YBrs. Profesor Madya Dr. Mohamad Fadhili Yahaya; YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail; YBrs. Dr. Nurul Labanihuda Abdull Rahman; YBrs. Dr. Nurul Ain Mohd Zaki; YBrs. Dr. Najihah Farhan Sabri: YBrs. Dr. Mohammad Saifulddin Mohd Azami; YBrs. Dr. Khuzaimah Nazir dan Puan Hanani Yazid.
Sementara itu, bagi Kategori Penerbitan menyaksikan beberapa orang penulis yang berkaliber menerima anugerah seperti YBrs Profesor Dr. Nafisah Mohd Isa; YBrs. Profesor Madya Dr. Mahyudin Ahmad; YBrs. Profesor Madya Dr. Nagidar Kaur @ Naginder Kaur Surjit Singh; YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail; YBrs. Dr. Zaidi Ab Ghani; YBrs. Dr. Afiffudin Mohammed Noor; YBrs. Dr. Zuliahani Ahmad; YBrs. Dr. Nabilah Akemal Muhd Zailani dan YBrs. Dr. Zuraimy Ali.
Seterusnya, bagi Anugerah Kepakaran telah disandang oleh YBrs. Profesor Dr. Nafisah Mohd Isa; Encik Azhar Ismail; YBrs. Profesor Dr. Chuah Tse Seng; YBrs. Ts. Dr. Jamil Tajam dan Encik Mohd Saiful Akbar Mohamad Sahal.
Kategori Keusahawanan pula menyaksikan beberapa nama baharu seperti YBrs. Dr. Athifah Najwani Shahidan; YBrs. Dr. Marlia Musa; YBrs. Dr. Nurwahida Fuad; Encik Ahmad Muaz Mahzair; Encik Mohamad Niza Md Nor dan Encik Muhammad Fakrullah Ahmad Subki, manakala Persatuan BISMARK muncul sebagai penerima Anugerah Persatuan Pelajar Aktif Keusahawanan.
Untuk Kategori ICAN menyaksikan YBrs. Profesor Madya Dr. Ahmad Fikri Kassim; YBrs. Ts. Gs. Dr. Erniza Suhana Mokthar; YBrs. Dr. Non Daina Masdar; YBrs. Dr. Nurul Labanihuda Abdul Rahman; YBrs. Dr. Nurul Fatihah Abd Latip; YBrs. Dr. Aznoora Osman; YBrs. Dr. Nur Wahida Fuad; Puan Nor Aisha Zakaria; Puan Nor Hayati Shafie; Puan Nazalyyussma Yusop; Encik Mohd Khairulanwar Md Yusof; Encik Ahmad Muaz Mahzair dan Puan Noriah Hasan memenangi beberapa anugerah berkaitan dengan pembangunan komuniti dan alumni.

Pada peringkat fakulti pula menyaksikan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis merangkul Anugerah Fakulti Aktif Penerbitan, Anugerah Fakulti Aktif Penerbitan Berimpak, Anugerah Keterlibatan Alumni (berkongsi bersama-sama Kolej Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis) dan Anugerah Pelaporan Projek Komuniti 2023.

Antara anugerah yang menjadi tumpuan ialah Anugerah Khas Penyelidik Semarak Sanjung 2023 yang dianugerahkan kepada YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Azlan Ishak, manakala Anugerah Kategori Inovasi menyaksikan YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail berjaya menggondol anugerah ini.

Majlis Anugerah Semarak Sanjung 2023 turut diserikan dengan beberapa siri persembahan kreatif daripada YBrs. Dr. Mohammad Saifulddin Mohd Azami, Puan Maizatul Nazihah Nazir dan barisan pensyarah yang membuat persembahan Pentomin yang diketuai oleh YBrs. Dr. Non Daina Masdar dan koreografer, YBrs. Dr. Ellail Ain Mohd Aznan.
Majlis Anugerah Semarak Sanjung pada kali ini turut memperkenalkan laman sesawang baharu PJIM&A yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Pelancaran laman sesawang PJIM&A menjadi pusat sehenti bagi warga UiTM Cawangan Perlis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan, hak cipta, jaringan industri, komuniti dan alumni dengan lebih lanjut.
