Diterbitkan pada 25 Ogos 2024, 09:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Segamat – Kampung Tekam, Pogoh 3 dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi membantu komuniti desa mendapatkan kemudahan asas.

Hal ini adalah selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 bahawa kerajaan akan memperkenalkan program Kampung Angkat MADANI yang memberikan tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, jalan dan lampu jalan, perkhidmatan masyarakat dan akses Internet di kawasan desa dan kampung terpinggir yang masih berada di bawah capaian liputan 50 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat (YB) Chang Lih Kang telah merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di pekarangan Masjid Balai Raya Kampung Tekam, Pogoh 3.

Dalam majlis yang sama, YB Chang Lih Kang turut menyempurnakan gimik penanaman pokok hiasan yang merupakan hasil varieti baharu daripada hasil penyelidikan yang menggunakan teknologi nuklear oleh penyelidik Nuklear Malaysia sebagai simbolik Pelancaran Kampung Angkat MADANI tersebut.

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan (kiri) dan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim (dua dari kiri) bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang semasa gimik penanaman pokok hiasan sebagai simbolik Pelancaran Kampung Angkat MADANI.

Beliau juga berkesempatan melawat ke tapak projek Pembangunan Jeti Terapung Biokomposit.

Sepanjang program itu berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), misalnya program Jangkau Luar Pendidikan Nuklear–Bengkel Sains Nuklear (Radiation Around Us) serta pameran berkaitan dengan hasil inovasi dan penyelidikan daripada teknologi biokomposit.

Sekitar program Jangkau Luar Pendidikan Nuklear–Bengkel Sains Nuklear bersama-sama komuniti setempat.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) merangkap wakil kepada Pegawai Daerah Segamat, Encik Muhammad Hafizuddin Abd Jalal; Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, YB Puan Saraswati a/p Nallathamby; pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan MOSTI; wakil dari jabatan dan agensi negeri dan persekutuan; ahli jawatankuasa Kampung Tekam serta penduduk sekitar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi