Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPadang Terap – Penganjuran Bengkel Amalan Baik Perolehan Mampan Kerajaan (Perolehan Hijau) bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman para peserta mengenai konsep perolehan hijau dan menunjukkan cara amalan tersebut berupaya menyokong kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar.
Bengkel berkenaan juga membina keupayaan para peserta dalam melaksanakan perolehan hijau dengan memberikan panduan praktikal tentang pemilihan produk dan perkhidmatan mesra alam, selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, bengkel yang dikendalikan oleh Ketua Penyelaras Perolehan Hijau Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ts. Afzanizam Alias ini menggalakkan komitmen dan penyertaan yang aktif daripada semua pihak dalam organisasi dan menekankan pentingnya kerjasama antara jabatan dengan pelibatan kakitangan untuk mencapai matlamat perolehan mampan.

“Sebagai satu daripada institusi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional negara, Kolej Komuniti Padang Terap (KPKT) telah menghasilkan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021–2026, iaitu rangka tindakan yang mengandungi garis panduan pelaksanaan amalan hijau yang terancang melalui tujuh bidang tumpuan, selaras dengan keperluan pengurusan dan operasi untuk tempoh masa yang ditetapkan,” kata Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap, Ts. Aishammudin.

Tambah beliau, kempen inisiatif kelestarian KKPT yang dijalankan bersama-sama kakitangan dan pelajar adalah untuk mencapai matlamatnya, iaitu menghijaukan kampus, melaksanakan aktiviti kitar semula, mencapai 10,000 langkah sihat, melakukan pemasangan lampu solar dan perolehan hijau.

