Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMelaka – Bengkel Training of Trainers for Nuclear Communicator anjuran Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dianjurkan untuk mendapatkan pendekatan atau strategi yang terbaik dalam usaha mempromosikan sains dan teknologi nuklear, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai manfaat teknologi nuklear.
Bengkel yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan itu berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 Julai 2024 hingga 19 Julai 2024 di Hotel MITC, Melaka.

Menerusi bengkel tersebut, para peserta akan lebih memahami cara teknologi nuklear dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang merangkumi penggunaan nuklear dalam pelbagai bidang secara aman dan selamat.
Sebanyak 51 orang peserta telah menyertai bengkel berkenaan yang terdiri daripada rakan kerjasama strategik di bawah Jawatankuasa Teras Strategi Dua, Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Komunikasi; Jabatan Penerangan Malaysia; Jabatan Tenaga Atom; Pusat Sains Negara; Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia; Malaysian Industri-Government Group for High Technology dan MyPower Corporation.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah, Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi Muhamed Zin; Pengarah Bahagian Teknologi Industri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teras Strategik Dua, YBrs. Dr. Nor Pa’iza Mohamad Hassan; Pengarah Bahagian Pengkomersialan Teknologi merangkap Timbalan Pengerusi Teras Strategik Dua, YBrs. Dr. Rasif Mohd Zin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat merangkap Ketua Penyelaras Bengkel, Puan Habibah Adnan.