Diterbitkan pada 15 Julai 2024, 09:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Taiping – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menyertai Program Semarak @ Muzium Perak anjuran Jabatan Muzium Malaysia di Muzium Perak, Taiping pada 13 Julai 2024 hingga 14 Julai 2024.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Encik Mohamad Sobri Mat Daud itu adalah bersempena dengan Majlis Perasmian Pameran Sundang Seni dan Kuasa yang penganjurannya turut diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ulang Tahun 150 Tahun Bandar Taiping.

Sekitar berlangsungnya Program Semarak @ Muzium Perak di Muzium Perak, Taiping.

Dalam program berkenaan, pelbagai pengisian menarik berkaitan dengan sains dan teknologi telah diadakan termasuklah beberapa peralatan saintifik ringkas turut disediakan untuk para pengunjung merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan tersebut.

Pada masa yang sama, Nuklear Malaysia diberikan peluang untuk membentangkan kejayaan perkhidmatan penyinaran gama yang pertama kalinya digunakan dalam disinfeksi buku nadir di Perpustakaan Muzium Perak.

Selain itu, kajian yang telah dan sedang dijalankan bersama-sama Jabatan Muzium Malaysia serta perkhidmatan yang boleh dijalankan turut dipamerkan bagi membantu para kurator muzium dan orang awam mendapatkan pelbagai maklumat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin, Ketua Unit Penyelidikan dan Konservasi Khazanah Warisan, YBrs. Dr. Hishamuddin Husain serta ketua dan ahli jawatankuasa Projek Disinfeksi Buku Nadir Menggunakan Sinar Gama, iaitu Puan Nadira Kamarudin, YBrs. Dr. Izura Izzudin, YBrs. Dr. Nurliana Roslan dan Encik Mohd Hafiz Abd Nasir.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi