Diterbitkan pada 6 Julai 2024, 09:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Bengkel Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) anjuran Bahagian Sumber Manusia, MOSTI bertujuan menyelaras dan menambah baik KPI PPTPA setiap agensi dan jabatan di bawah MOSTI agar lebih relevan dan sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Bengkel yang diadakan pada 3 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024 di Dewan Perhimpunan, MOSTI itu juga merupakan satu platform untuk meneliti proses pemantauan pencapaian dan menyemak semula pelaporan KPI agar lebih tersusun.

Tetamu undangan yang membimbing bengkel berkenaan ialah Puan Ratneswari a/p Nallattambe dan Puan Noor Amaleena Khirul Azmar dari Unit Pencapaian Organisasi, Seksyen Pengurusan Penyampaian yang sangat berpengalaman luas dalam penyelarasan KPI PPTPA.

“Pemilihan KPI haruslah berdasarkan outcome based budgeting (OBB) bagi memastikan KPI yang ditetapkan adalah sejajar dengan hasil akhir yang ingin dicapai menerusi belanjawan berasaskan hasil,” kata Puan Ratneswari ketika sesi taklimat beliau.

Tambah beliau, beberapa sumber yang boleh menjadi rujukan utama bagi memantapkan penyediaan KPI ialah visi dan misi organisasi, dasar, pelan tindakan, garis panduan, piagam pelanggan, ISO, carta fungsi, pelan strategik serta perundangan, akta atau peraturan.

Sepanjang bengkel itu berlangsung, antara aktiviti yang diketengahkan termasuklah sesi taklimat, ceramah, analisis situasi, pembentangan dan semakan draf KPI.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan pendekatan kerangka logik bagi KPI yang boleh diguna pakai mengikut kesesuaian kementerian dan setiap agensi di bawahnya.

Antara jenis KPI yang ditekankan dalam kerangka tersebut termasuklah KPI operasional, iaitu input, proses dan output serta KPI strategik yang meliputi hasil dan impak.

Kesemua 25 orang peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut merupakan pegawai yang dilantik untuk menyelaras KPI PPTPA Tier Dua hingga Empat MOSTI, sekali gus menjadikan bengkel ini sebagai satu keperluan kepada para peserta untuk memahami pelaksanaan KPI itu sendiri bermula dari aspek penetapan KPI hingga aspek pelaporan prestasi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi