25 Mei 2024, 23:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Kangar – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Pemangku Raja Perlis Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Tapak Nakawan Glamping  di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat dan menanam pokok Kelat pucuk merah untuk menjayakan program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ag. Shaffie bin Ag. Ahmadni, Misi program ini adalah untuk mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan mengadakan aktiviti penanaman pokok oleh peserta Kayuhan Hijau dan para sukarelawan di setiap hentian kayuhan di setiap negeri yang dilalui serta mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025. 

Tambah beliau,

Antara misi lain termasuklah menggalakkan program memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dengan mengadakan aktiviti perpaduan yang melibatkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Perpaduan di hentian terpilih. 

Untuk rekod, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis turut menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Nadi Sihat, Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri, iaitu Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi menjayakan program ini.

Program kayuhan tersebut diketuai oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja yang disekalikan dengan Kayuhan Hijau dan Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Sungai Batu Pahat.

Keberangkatan baginda tersebut adalah bersempena dengan program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis Ke-81 dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2024 yang diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2024.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.