1 April 2024, 12:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Teknologi Test Bed dan Inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kota Kinabalu telah menghasilkan dodol buat kali keempat sejak Ramadan tahun ini.

Terdapat dua jenis dodol yang dipopularkan oleh MARDI, iaitu dodol berenzim dan dodol tradisional.

Menurut penjana teknologi, Encik Kharis Zahid, dodol berenzim merupakan inovasi dalam pemprosesan dodol yang menggunakan enzim amilase daripada mikrob untuk mengubah suai kanji tepung pulut melalui pemotongan spesifik pada struktur kanji yang digunakan pada suhu dan masa tertentu.

Pengubahsuaian ini dapat membaiki tekstur dodol yang dihasilkan agar menjadi lebih kenyal dan stabil semasa penyimpanan. Penggunaan bahan pembungkus daripada plastik tertentu dan dipasteur pada suhu 80 darjah Celsius selama 15 minit didapati berupaya memanjangkan jangka hayat serta memelihara kualiti dodol.

Menurutnya lagi, pengeluaran dodol enzim mempunyai beberapa kelebihan seperti membaiki dan mengekalkan kekenyalan dodol semasa penyimpanan, mengelakkan kerosakan produk disebabkan oleh mikrob, meningkatkan kualiti dan jangka hayat produk hingga enam bulan dan berpotensi untuk pengeluaran secara besar-besaran bagi tujuan eksport.

“Oleh sebab permintaan di Kota Kinabalu untuk dodol tradisional lebih tinggi berbanding dengan dodol berenzim, maka pihak pengurusan dana memilih untuk mengusahakan dodol tradisional,” ujar Encik Kharis Zahid lagi.

Dodol yang baru dimasak.
Dodol yang hampir masak.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI Kota Kinabalu, Puan Afni Ali, dodol ialah produk wajib yang akan dipromosikan pada setiap kali menjelang lebaran.

Pemantauan oleh petugas semasa dodol dimasak.

“Di sini juga, usahawan berpeluang menerima pendedahan pelbagai perkara yang berkaitan teknologi pemprosesan makanan seperti pemformulaan, bahan mentah, peralatan, mesin, pembungkusan dan pelabelan untuk beberapa produk tertentu seperti hasil ikan, sos, bakeri, buah-buahan dan sebagainya,” jelasnya lagi mengenai kemudahan yang terdapat di MARDI Kota Kinabalu.

Kawalan kualiti.
Sesi penimbangan dan pengemasan bentuk dodol.
Pematerian bungkusan dodol.
Pelabelan bungkusan dodol.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.