Diterbitkan pada 20 Mac 2024, 14:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Bersempena dengan Ramadan ini, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi Pertandingan TikTok Afiat Ramadan yang bertemakan gaya hidup sihat dengan durasi video antara dua minit hingga tiga minit.

Penyertaan adalah terbuka kepada warga Kelantan dan Terengganu dengan dua kategori penyertaan, iaitu Kategori Terbuka (18 tahun dan ke atas) dan Kategori Pelajar (13 tahun hingga 17 tahun).

Pertandingan tersebut bertujuan membudayakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul merentas pelbagai cabang ilmu, termasuklah dalam menyampaikan ilmu pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Pelibatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Imedikel Pharma Holding Berhad, syarikat farmaseutikal terkenal di Kelantan sebagai rakan sinergi program berkenaan dilihat bukan sahaja dapat menyokong usaha mengukuhkan peranan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan kesihatan, malah memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang gaya hidup sihat dan aspek kesihatan lain yang harus dititikberatkan oleh masyarakat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan, orang ramai boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau menghubungi urus setia menerusi talian 09-7414908 atau 010-9170056 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan hal ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi