19 Mac 2024, 18:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kota Kinabalu mula menerima tempahan lemang bersempena dengan Ramadan yang dimasak dengan menggunakan acuan besi.

Acuan dan formulasi daripada teknologi MARDI boleh digunakan di mana-mana sahaja, terutamanya di kawasan yang sukar untuk mendapatkan buluh lemang.

Test Bed, iaitu tempat pemprosesan makanan yang telah dirasmikan pada tahun 2005 pada awalnya dibangunkan sebagai medium pemindahan teknologi pemprosesan makanan oleh MARDI kepada para usahawan, terutamanya warga Sabah.

“Setiap modul dalam latihan yang diberikan adalah mengikut permintaan teknologi yang terdapat di MARDI, sama ada latihan sangkut, kursus, bengkel, demonstrasi dan sebagainya,” kata Pegawai Penyelidik di Test Bed, Puan Afni Ali.

Pegawai Penyelidik di Test Bed, Puan Afni Ali.

Di Test Bed, usahawan baharu dalam bidang pemprosesan makanan berpeluang untuk menggunakan mesin tanpa perlu membeli mesin tersebut serta mempelajari teknik memproses dan formulasi beberapa produk seperti hasilan daging, ikan, sos, minuman, bakeri, soya serta produk tradisional seperti lemang dan dodol.

Daun pisang dipotong untuk dijadikan pembalut lemang.

 

Santan dan pulut disatukan di dalam besi lemang.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di Test Bed boleh menghubungi pihak MARDI Kota Kinabalu.

Lemang yang sudah dimasak dipotong.

 

Sesi pemeterian pembungkusan.

Penyediaan lemang dengan menggunakan acuan besi pada hari ini dipantau oleh Kumpulan Test Bed, iaitu Puan Afni Ali, Encik Azlan Loso dan Puan Dayang Nadia Awang Karim dengan bantuan petugas yang telah dijadualkan pada setiap aktiviti pemprosesan makanan.

Lemang dijual segar dan sejuk beku.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.