Oleh Normah Awang
8 Mac 2024, 16:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur“Penerbitan dalam bentuk buku pada masa ini menjadi satu daripada kriteria utama untuk kenaikan pangkat ahli akademik di UKM dan pengolahan tesis kepada buku adalah antara strategi bagi memenuhi kriteria tersebut,” kata Pengerusi Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE), FSK, UKM Kampus Kuala Lumpur, YBrs. Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman dalam penganjuran Bengkel Pengolahan Tesis kepada Buku Ilmiah Berimpak secara Praktikal Menggunakan Aplikasi Teori Strategik Halim Razali (HRST). 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bengkel tersebut yang berlangsung selama tiga hari untuk mendedahkan kemahiran penulisan untuk membangunkan manuskrip ilmiah yang berimpak bagi tujuan penerbitan, sekali gus memenuhi kriteria untuk kenaikan pangkat.

Bengkel Pengolahan Tesis kepada Buku Ilmiah Berimpak secara Praktikal Menggunakan Aplikasi HRST dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, FSK, UKM Kampus Kuala Lumpur, YBrs. Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman.

Sebanyak 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik dan pelajar pascasiswazah telah menghadiri bengkel ini.

Sesi permulaan bengkel dimulakan dengan taklimat penerbitan buku oleh Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Puan Siti Mariam Othman dan Puan Munirah Ghazali.

Taklimat penerbitan buku oleh Editor Bahagian Buku Umum, DBP, Puan Munirah Ghazali.

Sesi yang seterusnya telah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang 11 strategi mentransformasikan manuskrip tesis kepada buku ilmiah dengan efektif secara praktikal oleh Pengasas HRST, YBrs. Dr. Halim Razali dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria, UKM.

Sesi mentransformasikan manuskrip tesis kepada buku ilmiah bersama-sama Pengasas HRST, YBrs. Dr. Halim Razali.

Hasil daripada bengkel tersebut, kesemua peserta berjaya menghasilkan manuskrip buku dengan cadangan kulit buku masing-masing dan mereka amat berpuas hati dengan penganjuran bengkel berkenaan kerana telah banyak membantu dari segi penulisan manuskrip dengan menggunakan kaedah yang sistematik.

Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah, YBrs. Dr. Halim Razali oleh Pengerusi Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, FSK, UKM Kampus Kuala Lumpur, YBrs. Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.