Oleh Normah Awang
15 Februari 2024, 15:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Bengkel Return to Work Coordinator (RTWC) di Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kampus Kuala Lumpur untuk memupuk dan menerapkan pelaksanaan pengurusan hilang upaya yang efisien dalam kalangan ahli universiti dan pelajar.

“Elemen RTW diharapkan dapat diterapkan dalam kurikulum atau mata pelajaran universiti agar generasi yang seterusnya terdidik dengan keperluan pengurusan hilang upaya dalam usaha membantu golongan ini kembali bekerja semula dalam keadaan yang sihat dan selamat,” kata Ketua Cawangan Return to Work (RTW), PERKESO, Puan Rosmawati Mat ketika memberikan ucapan alu-aluan.

Ketua Cawangan Return to Work, PERKESO, Puan Rosmawati Mat ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam bengkel RTWC.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Suzana Shahar dalam ucapan perasmian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERKESO kerana sudi bekerjasama dengan UKM dalam memberikan pengetahuan holistik dan program seumpama ini sudah pasti memberikan impak yang besar bagi menyokong dan meningkatkan pengetahuan kakitangan di UKM tentang pengurusan individu yang kehilangan upaya untuk bekerja semula.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Suzana Shahar merasmikan bengkel RTWC.

Ujar beliau, kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan dengan penganjuran pelbagai aktiviti seperti pelibatan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan aktiviti penyelidikan pada masa hadapan.

Sepanjang dua hari program tersebut berlangsung, pelbagai topik menarik yang berkaitan dengan RTW seperti mengenali orang kurang upaya, penilaian awal dan pelan rehabilitasi, penilaian tempat kerja, penilaian bahaya di tempat kerja, mengenal pasti isu di tempat kerja dan kemahiran asas membantu dibincangkan dan disampaikan oleh penceramah daripada PERKESO, 

Peserta program berbincang tentang pelan rehabilitasi yang perlu dilakukan oleh majikan terhadap pekerja yang bakal mengikuti program RTW.
Sesi demonstrasi kemahiran asas membantu.

Secara keseluruhannya, program percuma yang dihadiri oleh 30 orang kakitangan UKM  memberikan maklum balas yang positif dan bengkel RTW lanjutan diharapkan dapat dianjurkan pada masa akan datang agar kemahiran pengurusan terhadap pekerja yang kehilangan upaya dapat dilakukan dengan baik.

Sesi penyerahan sijil penghargaan oleh Ketua Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, UKM, YBrs. Dr. Nurul Farahana Kamaludin kepada wakil PERKESO, Encik Abdul Moeis Abdul Halim.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.