23 Januari 2024, 17:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Apresiasi Pertandingan Inovasi, Reka Bentuk dan Artikulasi Antarabangsa Keenam 2023 atau The 6th International Innovation, Design and Articulation 2023 (i-IDeA 2023) telah diadakan di The Kitchen Studio Event Space bagi menghargai jasa ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan program i-IDeA 2023.

Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis itu telah dihadiri oleh seluruh warga kerja i-IDeA 2023.

“Warga kerja i-IDeA 2023 harus mengamalkan budaya kerja yang cemerlang untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti seperti penganjuran i-IDeA 2023 yang telah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM64 770.77,” kata Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi ketika berucap dalam majlis tersebut.

Penganjuran i-IDeA 2023 mencapai keuntungan sebanyak RM64 770.77.

Sementara itu, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar pula berkata, semua ahli jawatankuasa perlu merubah minda dan mengadaptasi norma baharu cara bekerja ke arah yang lebih kreatif, inovatif, tegas, pantas dan berhemah agar perkhidmatan, mutu serta kualiti kerja semakin meningkat dan bertambah baik dari semasa ke semasa sehingga memperoleh pencapaian yang amat membanggakan.

Majlis penghargaan seumpama ini diharapkan mampu menyemarakkan lagi semangat ahli jawatankuasa untuk mengurus Pertandingan Inovasi, Reka Bentuk dan Artikulasi Antarabangsa Ketujuh yang bakal berlangsung pada tahun 2025.

Turut hadir dalam majlis apresiasi tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak dan Pengerusi Induk Bersama i-IDeA 2023, YBrs. Profesor Dr. Nafisah Osman.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.