6 Januari 2024, 16:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Semenyih – Program Klinik Optometri Bergerak, iaitu program pemeriksaan kesihatan mata anjuran Program Optometri dan Sains Penglihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, hari ini.

Sekitar pemeriksaan kesihatan mata bersama-sama penghuni di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

Program yang disertai oleh 19 orang mahasiswa, pensyarah dan pegawai optometri itu bertujuan menyasarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan mata kepada lebih daripada 40 orang penghuni warga emas di pusat jagaan tersebut yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan mata.

Pemeriksaan kesihatan mata dilakukan oleh mahasiswa optometri UKM.

Dalam program berkenaan juga, cermin mata turut diberikan kepada penghuni yang memerlukan secara percuma.

Peralatan yang lengkap turut dibawa untuk digunakan dalam Program Klinik Optometri Bergerak.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, banyak manfaat yang dapat diperoleh kerana saya mengalami kesukaran untuk membuat pemeriksaan mata di hospital atau di kedai cermin mata kerana sukar bergerak,” kata seorang daripada ahli pusat jagaan berkenaan, Puan Shamsiah.

Antara penghuni di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang layak menerima cermin mata percuma.

Sementara itu, Encik Haji Azman Rasman selaku Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia menyatakan bahawa pihaknya sangat mengalu-alukan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini bagi membantu kesejahteraan semua penghuni pusat jagaan tersebut.

Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Encik Haji Azman Rasman menyerahkan cenderamata kepada Pegawai Optometri, UKM, Puan Siti Hanisah Mohd Shariffudin sebagai tanda penghargaan.

Untuk makluman, Pusat jagaan Mahmudah Malaysia yang dikelolakan oleh Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia telah beroperasi sejak tahun 2016 dan mampu menampung kapasiti hingga 50 orang pada satu-satu masa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.