Oleh Rashid Ating
1 Januari 2024, 17:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui hantaran di laman sosial medianya mengalu-alukan calon yang berkelayakan, terutamanya saintis muda dalam bidang perubatan dan sains perubatan yang memerlukan sokongan dana untuk memohon Geran Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh 2024 yang dibuka dari 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024.

Untuk makluman, setiap permohonan yang berjaya akan menerima geran penyelidikan perubatan berjumlah RM50,000.

Permohonan geran penyelidikan berkenaan boleh diakses melalui laman sesawang ASM atau mengimbas kod QR yang terdapat dalam poster di bawah.

Poster permohonan Geran Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh 2024.

Sesiapa yang berminat untuk memohon geran penyelidikan perubatan tersebut juga boleh menghubungi Puan Pooveneswary Nagaiah di talian 03-6203 0633 atau e-mel [email protected] dan Puan Khairunnisa Kadaruddin di talian 03-6203 0633 atau e-mel [email protected].

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.