11 November 2023, 16:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kunming – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tertarik dengan beberapa kemudahan yang disediakan untuk autisme di LIH SkyCity Rehabilitation Hospital dan berkenan beberapa daripada kemudahan tersebut dapat digunakan di Pusat Autisme A-Heart Perlis apabila dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dan Universiti Malaysia Perlis kelak.

Demikian merupakan harapan DYTM Raja Muda Perlis ketika diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari yang dianjurkan oleh Yunnan Overseas Chinese Chamber of Commerce di Kunming, China.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Yunnan Overseas Chinese Chamber of Commerce merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yunnan SkyCity Property Group Company Limited, Yin Yuanjiang dan Naib Presidennya, Zhang Xiaoli.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan melawat LIH SkyCity Rehabilitation Hospital di Kunming, China.

Yunnan Overseas Chinese Chamber of Commerce melalui ahlinya terlibat dalam pelbagai industri seperti teknologi maklumat. perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, pertanian, pelancongan dan kebudayaan, hotel, industri teh, kopi dan makanan, Internet, perubatan pemulihan, perdagangan antarabangsa, pembangunan hartanah dan semua sektor ekonomi swasta.

Terdahulu, baginda turut melapangkan waktu berkenan melawat LIH SkyCity Rehabilitation Hospital yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi termasuklah pemulihan neurologi, pemulihan ortopedik, pemulihan geriatrik, pengurusan kesakitan, pemulihan pediatrik dan terapi autisme.

Antara kemudahan yang disediakan di LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Kunming, China.

Semasa lawatan tersebut, Pengarah Urusan LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Dr. Tian Shen dan Pakar Psikologi, Shum Pei San mempersembah maklum kepada baginda mengenai urusan seharian hospital swasta berkenaan secara terperinci.

DYTM Raja Muda Perlis dipersembah maklum mengenai urusan seharian di LIH SkyCity Rehabilitation Hospital, Kunming, China.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.