Oleh Abd Razak Osman
15 Oktober 2023, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kedah melaksanakan Ops Gempur di Sungai Petani semalam yang melibatkan 32 orang pegawai di beberapa lokasinya yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, operasi tersebut dilaksanakan untuk memfokuskan pemeriksaan premis yang sering menerima aduan di kawasan tersebut.
Pemeriksaan dilaksanakan terhadap sebuah premis yang dikenal pasti mempunyai isu ketidakpatuhan terhadap keperluan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Menurutnya, JAS Kedah juga menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap aktiviti dijalankan dan hasil pemeriksaan tersebut, JAS mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, AKAS 1974 bagi tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh premis.
Sharifah Zakiah berkata, Penahanan Kelengkapan Operasi (POK) untuk menghentikan operasi dijalankan secara haram dan tidak mempunyai alat kawalan telah dikenakan terhadap beberapa mesin premis yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.
Antara tindakan lain yang diambil termasuklah pengeluaran kompaun dan tindakan lain yang selaras dengan kehendak perundangan.
Pihak industri turut diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan premis sentiasa mematuhi keperluan perundangan dan tidak  menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.
Tambahnya lagi,
Pihak industri perlu memberi kan penekanan untuk menyemak semua keperluan perundangan dan teknikal sebelum memulakan sesuatu operasi.
Antara Jenis Buangan Terjadual dan Sisa Pepejal yang dikenal pasti termasuklah Copper Flakes, Copper Wire, Copper Ingot, Aluminium Scrap, Legal, Buangan Dross SW104, Zink Oxide SW204, Transformer SW422, Rotor/Armature SW422, eWaste dan jenis SW110 pula ialah PCB, Terminal card machine, Meter elektrik, Kapasitor, Ladtop/notebook, CPU, Industrial cable wire, Insulated copper wire, Transformer, Campuran pelbagai buangan elektronik, Insulator Wire, Hardisk, Board dan Wire.
Para pegawai JAS Kedah yang menyertai Ops Gempur.
Antara barang industri yang tidak diurus dengan baik yang ditemui dalam Ops Gempur itu.
Satu daripada barangan pencemaran alam sekitar yang dikenakan tindakan oleh JAS Kedah.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.