4 Oktober 2023, 12:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pelajar prasiswazah ambilan baharu sesi 2023/2024 bagi Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terlibat dalam aktiviti orientasi interaktif berbentuk gamifikasi di kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aktiviti tersebut diadakan bagi membolehkan pelajar mengenal ahli program secara tidak formal, di samping memupuk persekitaran komunikasi terbuka dan mesra dalam kalangan pelajar dan kakitangan Program Optometri.

Menurut Ketua Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin, beliau menzahirkan kegembiraannya atas kejayaan aktiviti orientasi tersebut.

Aktiviti orientasi ini bukan sahaja membantu pelajar pengambilan baharu mendapat pengalaman yang mampu menyemarakkan rasa semangat dalam pembelajaran sebagai pelatih optometris berjaya, malah memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya dan kakitangan program.

“Kami percaya bahawa asas yang kukuh dalam latihan klinikal adalah penting untuk kejayaan pelajar dalam program yang diikuti di sini,” hurainya lagi.

Kemuncak program orientasi ini ialah aktiviti scavenger hunt yang dijalankan untuk mendedahkan mahasiswa kepada pelbagai aspek persekitaran klinikal dan membiasakan mereka dengan lokasi susun atur kubikel pemeriksaan mata, instrumentasi klinikal dan prosedur yang akan mereka hadapi sepanjang tahun klinikal.

Aktiviti scavenger hunt di Klinik Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Aktiviti ini dijalankan dengan beberapa siri cabaran seperti mengenal pasti instrumen pemeriksaan mata yang berbeza, mengenal kakitangan yang bertanggungjawab dan mencari kawasan tertentu dalam kawasan klinik.

Pada akhir sesi orientasi, Ketua Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin menyampaikan hadiah kepada mahasiswa yang telah terlibat secara aktif dalam program ini.

Sesi penyampaian hadiah oleh Ketua Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin kepada mahasiswa baharu dalam Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Sebanyak 35 pelajar memulakan pengalaman pembelajaran baharu sebagai mahasiswa dalam Program Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM yang menawarkan pembelajaran komprehensif dan berkualiti dalam bidang optometri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.