Oleh Asnida Arifin
12 September 2023, 11:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bagi memperkasakan program pembangunan warga emas, Kelab Warga Emas Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Kuala Lumpur, semalam.

Lawatan ini diadakan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan dengan program pembangunan warga emas, terutamanya dalam isu kesihatan, senaman, pemakanan dan cara bersosial bagi golongan ini.

Menurut Pengerusi Pusat H-CARE, FSK, UKM Kampus KL, Profesor Dr. Devinder Kaur Ajit Singh, H-CARE banyak menawarkan penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan warga emas seperti penghasilan inovasi serta produk di samping menganjurkan pelbagai program seperti bengkel demensia dan program SLIMSHAPE.

Saya kagum dengan kehadiran peserta yang memberikan maklum balas dan interaksi dua hala yang sangat positif dalam lawatan ini. Saya juga ingin menasihatkan kepada peserta untuk terus kekal menjalani kehidupan dengan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang berkhasiat serta bersosial.

Sementara itu, Dr. Nurul Fatin Malek Rivan yang mewakili pihak H-CARE turut mengadakan saringan ringkas tentang risiko keuzuran kognitif (CFST).

Menurutnya, individu yang mempunyai skor lebih dari tujuh adalah berisiko untuk mendapat keuzuran kognitif.

Sebahagian daripada peserta lawatan sedang menjawab soalan CSFT.

Dalam program ini juga, saringan kesihatan pemeriksaan indeks jisim tubuh, peratus lemak tubuh, otot badan serta umur biologi turut dijalankan kepada peserta yang berminat.

Sesi penyampaian cenderamata daripada YPKT kepada Pengerusi Pusat H-CARE, FSK, UKM Kampus KL, Profesor Dr. Devinder Kaur Ajit Singh.

Lawatan ini disertai oleh 64 orang Pengerusi dan ahli jawatankuasa Kelab Warga Emas YPKT yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Komuniti) YPKT, Tuan Haji Abd. Ghafar Mamat. Turut hadir dalam program lawatan ini ialah 12 orang pegawai dan kakitangan YPKT.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.