29 Ogos 2023, 09:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Inisiatif 1Sukan 1Fasiliti yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat (YB) Puan Yeoh Tseow Suan ialah satu daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyokong Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bagi mendapatkan tempat latihan yang tetap demi pembangunan prestasi dan bakat sukan.

“Selain memperkasakan persatuan sukan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan tadbir urus yang lebih baik, teratur, sistematik dan bertaraf antarabangsa, inisiatif 1Sukan 1Fasiliti tersebut juga dapat mengoptimumkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada, sama ada di bawah pengurusan kerajaan ataupun swasta,” kata YB Puan Yeoh Tseow Suan dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sebanyak lapan permohonan kemudahan sukan daripada PSK telah diterima dan dipertimbangkan oleh KBS sejak April 2023 dan telah dipadankan dengan kemudahan di bawah KBS, kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta.

Mana-mana pemilik kemudahan sukan, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun swasta digalakkan untuk tampil menawarkan kemudahan sukan kepada PSK demi pembangunan bakat serta prestasi sukan negara.

Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan inisiatif 1Sukan 1Fasiliti boleh menghubungi sekretariat KBS di talian 03-8871 3242/03-8871 3319/03-8871 3313 atau menerusi e-mel [email protected].

Senarai padanan kemudahan sukan di bawah inisiatif 1Sukan 1Fasiliti.

(Sumber: Kementerian Belia dan Sukan)

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.