24 Ogos 2023, 17:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pembatalan atau penggantungan lesen boleh dikenakan terhadap pengeluar, pemborong dan peruncit yang gagal mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan yang mempunyai mekanisme kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah sepertimana yang telah termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan ke Atas Pengeluaran dan Pemasaran Benih berkuat kuasa 11 November 2021.

Setiap penjualan benih padi sah haruslah tidak melebihi daripada kuota yang telah diberikan dan harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, iaitu RM31 per kampit 20 kilogram jualan benih di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit 20 kilogram termasuklah pengangkutan.

Sementara itu, jualan benih padi sah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum, iaitu RM35 per kampit 20 kilogram pada peringkat runcit kepada pesawah.

Orang awam boleh mengemukakan aduan isu berbangkit mengenai harga dan bekalan benih padi sah dalam pasaran berserta butiran dan maklumat yang lengkap melalui Portal Aduan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), menerusi e-mel [email protected] atau menghubungi Ibu Pejabat KPB Putrajaya di talian 03-88701751/03-88701748/03-88701183.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.