Diterbitkan pada 11 Ogos 2023, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Berikutan laporan akhbar mengenai penemuan tanda jangkitan penyakit kulit berketul atau Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu dan kerbau yang diimport dari Australia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengeluarkan arahan penggantungan import terhadap ternakan tersebut pada 4 Ogos lalu.

Memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau daripada negara berkenaan dengan nilai sebanyak RM25 547 355.00, tindakan penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu adalah benar.

Pada 7 Ogos 2023, sesi libat urus antara DVS dengan Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF), Australia telah diadakan dan DAFF bersetuju untuk berkongsikan laporan hasil siasatan berkaitan dengan dakwaan daripada pihak Indonesia itu.

DVS sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin dan bebas daripada sebarang risiko penyakit.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi