22 Julai 2023, 12:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan adalah dilarang seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air untuk tujuan jualan menjadi satu kesalahan kerana akuarium hanya berfungsi sebagai bekas untuk memelihara ikan.

Akuarium biasanya diperbuat daripada bahan kaca, akrilik atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau ftalat yang boleh larut di dalam air dan seterusnya mencemarkan air tersebut sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap penjualan makanan termasuklah penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.

Penjual diingatkan agar memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti, manakala orang ramai pula dinasihatkan agar membeli makanan di premis makanan yang bersih.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung dengan isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam, KKM atau Facebook rasmi BKKM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.