Oleh Normah Awang
13 Jun 2023, 23:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hang Tuah Jaya – Pelajar Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur mendapat pendedahan mengenai prosedur pendakwaan yang melibatkan kes saman dalam bidang kesihatan persekitaran dalam program lawatan sambil belajar ke Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), semalam.

Lawatan sambil belajar yang melibatkan sebanyak 35 mahasiswa tahun pertama Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri ini merupakan satu daripada aktiviti yang telah ditetapkan untuk subjek Perundangan dan Penguatkuasaan Kesihatan Persekitaran.

“Pihak UKM amat berterima kasih atas kesudian MBMB kerana telah bersetuju menerima lawatan sambil belajar ini. Mahasiswa amat beruntung kerana telah berpeluang menghadiri sesi perbicaraan yang berlangsung secara fizikal pada hari ini kerana banyak maklumat baharu mengenai prosedur pendakwaan telah diperoleh”, ujar Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang selaku penyelaras subjek Perundangan dan Penguatkuasaan Kesihatan Persekitaran.

Penyelaras subjek Perundangan dan Penguatkuasaan Kesihatan Persekitaran, Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang ketika memberikan ucapan dalam program lawatan ke Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, semalam.

Dalam lawatan ini, mahasiswa telah berpeluang menghadiri sesi perbicaraan secara fizikal yang melibatkan kes saman seperti tidak membayar kos letak kenderaan, kesalahan oleh premis makanan yang tidak mematuhi peraturan, kesalahan melakukan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan daripada pihak majlis bandaraya dan beberapa kes lain.

Pegawai Pendakwa daripada Unit Undang-undang MBMB, Puan Fahazaratul Hidayah Shaharom juga telah telah menyampaikan taklimat mengenai prosedur pendakwaan yang dijalankan di mahkamah majistret, tugas pegawai pendakwa, tugas pegawai penyiasat dan carta alir proses penyiasatan.

Sesi taklimat mengenai perundangan dan penguatkuasaan kesihatan persekitaran yang disampaikan oleh Pegawai Pendakwa MBMB, Puan Fahazaratul Hidayah Shaharom.

 

Sesi soal jawab antara mahasiswa UKM dengan pihak MBMB.

Pada akhir sesi lawatan, pihak UKM menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak MBMB sebagai tanda terima kasih atas kemudahan yang diberikan, manakala wakil MBMB menyerahkan cenderahati kepada Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang.

Pendaftar Mahkamah MBMB, Puan Noorleza Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang.

 

Penyampaian sijil penghargaan oleh Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang kepada Pegawai Pendakwa MBMB, Puan Fahazaratul Hidayah Shaharom.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.