6 Jun 2023, 08:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai bahawa sebarang penggunaan produk merokok termasuklah rokok elektronik adalah berbahaya kepada kesihatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM,  seorang kanak-kanak perempuan Melayu berumur dua tahun  berkemungkinan mengalami keracunan nikotin pada 30 Mei 2023 di daerah Bera, Pahang.

Kanak-kanak tersebut ketika ditemukan oleh datuknya pada hari kejadian mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas, namun tidak mempunyai sejarah penyakit kronik.

Kanak-kanak itu dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang kerana didapati alat berkenaan terletak di atas lantai berhampiran dengannya.

Menurut kenyataan yang sama, semasa dalam rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Pahang, kanak-kanak tersebut dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali dan kini keadaannya adalah stabil dan mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan sambil dipantau oleh pihak hospital.

Keputusan ujian air kencing yang dilakukan menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi dan kanak-kanak berkenaan disahkan menghidapi acute life threatening event secondary to possible alleged nicotine ingestion complicated with seizure.

Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti jantung sentiasa berdebar-debar, muntah dan sawan yang boleh berlaku kepada semua golongan termasuklah kanak-kanak.

Kesan nikotin yang tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang, terutamanya kepada kanak-kanak turut menyebabkan pertumbuhan otak terjejas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.