4 Jun 2023, 10:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengaktifkan bilik gerakan bagi menyelia dan memastikan kelestarian perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan susulan fenomena El-Nino yang diramal bermula bulan ini dan dijangkakan berakhir pada 30 September 2023.

Objektif penubuhan bilik gerakan tersebut adalah untuk memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada 354 buah loji rawatan air.

“Bilik gerakan itu juga berperanan menyelia operasi pembekalan air bersih secara berterusan kepada pengguna dan memastikan operator bekalan air mengambil langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku krisis kawalan air di negeri masing-masing,” kata SPAN dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, tempoh pengoperasian bilik gerakan berkenaan tertakluk kepada perkembangan terkini impak fenomena El-Nino kepada Malaysia dan berkemungkinan dilanjutkan atau disingkatkan bergantung pada pengumuman rasmi oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Para pengguna juga dinasihatkan agar menggunakan air bersih secara berhemat bagi memastikan kelestarian bekalannya dan disarankan untuk berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkhidmatan air ketika berlakunya fenomena El-Nino.

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian 019-7795000 atau e-mel menerusi [email protected] serta orang awam juga boleh melayari laman sesawang SPAN bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan hal ini.

Talian komunikasi operator bekalan air negeri yang boleh dihubungi oleh pengguna.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.