25 Mei 2023, 10:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysia akan sentiasa memberikan kerjasama dan mengambil langkah yang responsif terhadap agenda biodiversiti pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah mengukuhkan tadbir urus pengurusan biodiversiti melalui Majlis Biodiversiti Negara, menyelaras Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal ke dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 dan menubuhkan Pusat Biodiversiti Malaysia.

Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa pada tahun ini yang bertemakan “Daripada Persetujuan kepada Tindakan: Membina Kembali Biodiversiti” bertujuan memperingati pemuktamadan teks Konvensyen Kepelbagaian Biologi di Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 22 Mei 1992 dan meningkatkan kesedaran global berkenaan dengan kepentingan biodiversiti dan ekosistem kepada kelangsungan hidup masyarakat sejagat.

“Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan terus menerajui pengurusan biodiversiti pada peringkat kebangsaan dengan kerjasama padu daripada kerajaan negeri dan semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan khazanah biodiversiti negara akan sentiasa terpelihara untuk generasi kini dan akan datang,” kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan NRECC dan Bicara Biodiversiti.

Dalam program tersebut juga, beliau melancarkan buku Trappers in Nature – The Nepenthes of Peninsular Malaysia dan menyampaikan anugerah antarabangsa “Clearing House Mechanism” kepada Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) daripada sekretariat Konvensyen Kepelbagaian Biologi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.