11 April 2023, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Setiap kerajaan negeri bertanggungjawab dalam memastikan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, khususnya bagi perkhidmatan kesihatan awam digunakan secara optimum dalam memenuhi keperluan rakyat.

Hal ini berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.

“Peruntukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dilakukan setelah membuat penelitian yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” kata Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat (YB) Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan.

YB Dr. Zaliha Mustafa yang mempengerusikan Mesyuarat YB Menteri Kesihatan bersama-sama Exco Kesihatan Negeri yang pertama di Ibu Pejabat KKM semalam menyatakan bahawa dengan adanya penganjuran mesyuarat ini telah membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri.

Menurut beliau, mesyuarat yang diadakan itu ialah satu platform bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk pemakluman dan tindakan Exco Kesihatan Negeri serta membincangkan isu semasa dan perkara berbangkit daripada YB Menteri Kesihatan bersama-sama Exco Kesihatan Negeri yang lepas.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut membentangkan isu berkaitan dengan Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM serta Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

“Saya menggesa setiap Exco Kesihatan Negeri perlu memainkan peranan yang aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, beliau mengatakan bahawa mesyuarat yang diadakan ini dapat dijadikan sebagai platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI yang sihat sejahtera.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.