Diterbitkan pada 11 April 2023, 15:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Bersempena dengan Program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR “Ramadan Kita”, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyantuni para pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh E-Idaman Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama HTF Kangar, Padi Beras Nasional (BERNAS) dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP) disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd., Encik Zaki Abdul Aziz Daud dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ismuni Bohari.

Sekitar Program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR “Ramadan Kita” berlangsung.

“Program yang diadakan pada hari ini adalah sebahagian daripada iltizam syarikat untuk menyumbang kepada masyarakat atas sokongan yang diberikan kepada E-Idaman Sdn. Bhd. selama ini dan sebagai sebuah syarikat swasta, E-Idaman Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat syarikat bersama-sama pihak MAIPs,” ujar Encik Zaki Abdul Aziz Daud dalam majlis tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd., Encik Zaki Abdul Aziz Daud ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Susulan itu, pihak E-Idaman Sdn. Bhd. telah menyampaikan sumbangan CSR berjumlah RM16 480 kepada 113 orang pesakit yang menerima rawatan di Unit Dialisis, Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar.

Sumbangan CSR disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd., Encik Zaki Abdul Aziz Daud (kiri) kepada wakil penerima sumbangan berkenaan sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah).

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, YBrs. Dr. Nordin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis, Encik Shamsuharizal Basir.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi