4 April 2023, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Direktori fasiliti sukan dengan menyenaraikan inventori kemudahan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membolehkan orang ramai mengakses dan membuat carian daripada senarai fasiliti yang sedia ada mengikut lokasi dan jenis sukan yang berbeza.

Sebanyak 1135 fasiliti disenaraikan dalam laman sesawang KBS yang boleh diakses oleh orang ramai untuk mengenal pasti kemudahan yang bersesuaian dan berdekatan serta membolehkan pemadanan dilakukan antara keperluan persatuan sukan dengan kemudahan yang tersedia untuk digunakan.

Direktori fasiliti sukan yang terdapat dalam laman sesawang KBS dan boleh diakses oleh orang ramai.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh KBS, direktori fasiliti sukan ini disediakan adalah untuk menangani isu kekurangan kemudahan latihan yang dibangkitkan oleh persatuan sukan.

Pada masa yang sama, kewujudan direktori ini bertujuan untuk menilai sama ada terdapat percanggahan dalam infrastruktur merentas kawasan parlimen yang mewujudkan ketakpadanan antara kemudahan dengan keperluan mengikut lokasi dan jenis sukan.

Selain itu, direktori yang diwujudkan ini juga adalah bagi menggalakkan penggubal undang-undang untuk menjadi lebih strategik apabila membangkitkan isu infrastruktur di parlimen.

Susulan itu, untuk mengelakkan isu projek pembangunan ad hoc sebelum ini yang dibina disebabkan oleh kekurangan perancangan serta membolehkan penggunaan dana yang sewajarnya bagi pembangunan infrastruktur pada masa hadapan juga adalah matlamat utama dalam kewujudan direktori fasiliti sukan berkenaan.

Pembangunan direktori itu adalah sepadan dengan rangka kerja Malaysia MADANI bagi menggalakkan tadbir urus yang baik, mencegah ketirisan dan menamatkan kelemahan serta pengurusan yang lemah.

Pengemaskinian terhadap direktori fasiliti sukan tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan memasukkan lebih banyak fasiliti yang disediakan oleh pihak kerajaan di seluruh negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.