3 April 2023, 10:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual di Malaysia mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983 yang telah menerangkan dengan jelas larangan penjualan apa-apa makanan yang mengandungi atau terdapat apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya yang boleh memudaratkan kesihatan.

Larangan khusus mengenai penjualan ikan buntal juga sudah ditetapkan mengikut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972.

“Berdasarkan data daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal telah dilaporkan dan menyebabkan 18 kematian dari tahun 1985 hingga Mac tahun ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sudah menyediakan pelbagai bahan pendidikan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai toksin berbahaya yang terkandung di dalam ikan buntal.

KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuklah bahayanya memakan ikan buntal.

Kenyataan tersebut adalah susulan daripada laporan seorang wanita warga emas yang maut di Kluang, Johor, manakala suaminya masih dirawat di unit rawatan rapi, Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang akibat keracunan makanan selepas memakan ikan buntal.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.