22 Mac 2023, 11:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (ICaRehab), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengorak langkah dengan penganjuran Bengkel Penulisan Buku Multidisiplin bagi menghasilkan kandungan terbaik dalam setiap buku yang dihasilkan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dekan FSK, UKM, Profesor Dr. Suzanna Shahar yang diiringi oleh Ketua Pusat Pengajian ICaRehab, Profesor Madya Dr. Azlin Nordin.

‘Saya sangat teruja dengan penganjuran bengkel seperti ini kerana usaha ini sangat dekat dengan hati saya. Saya menyokong penuh aktiviti ilmiah seumpama ini kerana dapat memberikan motivasi dan menggalakkan peserta untuk menerbitkan hasil kajian ilmiah,” ujar Profesor Dr. Suzanna Shahar ketika merasmikan bengkel ini.

Dekan FSK, UKM, Profesor Dr. Suzanna Shahar ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Bengkel Penulisan Buku Multidisiplin di FSK, UKM, semalam. 

Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari dengan berbagai-bagai pengisian termasuklah ceramah mengenai kaedah menerbitkan buku dari penulis buku tersohor, iaitu Dr. Anuar Ithnin dari FSK, UKM.

Dr. Anuar Ithnin ialah penulis yang giat menerbitkan buku bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melalui bengkel ini, FSK, UKM mensasarkan penerbitan sekurang-kurangnya tiga buah buku yang bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada graduan dan ahli akademik, malah kepada golongan masyarakat.

Ceramah penulisan buku oleh Dr. Anuar Ithnin.

 

Sebahagian daripada peserta Bengkel Penulisan Buku Multidisiplin anjuran ICaRehab, FSK, UKM.

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 35 ahli akademik dan pegawai yang terdiri dari pelbagai bidang seperti Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Dietetik, Sains Pertuturan, Audiologi, Optometri dan Psikologi Kesihatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.