19 Mac 2023, 10:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Chennai – Athanliz Innovations Sdn. Bhd. (AISB) dari UiTM Cawangan Perlis kini terbang pula ke Chennai, India bagi memeterai satu lagi memorandum persefahaman (MOU) dengan Dhaanish Ahmed College Engineering (DACE), Chennai, India.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan AISB, Dr. Athifah Najwani bersama-sama Setiausaha DACE, Encik M. Kadar Shah dan disaksikan oleh Ketua Penyelidik, Dr. Bogeshwaran Karunanithi bagi projek kerjasama penyelidikan buah mangga di kedua-dua buah negara, iaitu Malaysia dan India.

MenurutĀ Dr. Athifah Najwani semasa menyampaikan ucapan dalam sidang pembentangan kertas kerja dalam majlis tersebut, kerjasama bagi kajian saintifik ini dapat diharapkan dapat dilanjutkan lagi kerana pihak pengkaji daripada Jabatan Makmal AISB telah mendapati bahawa buah mempelam harum manis ini mempunyai unsur perubatan, vitamin dan makanan tambahan.

Dr. Athifah Najwani semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman antara Athanliz Innovations Sdn. Bhd. dengan Dhaanish Ahmed College Engineering di Chennai, India.

Sementara itu, menurut Dr. Bogeshwaran Karunanithi, DACE menyambut baik langkah kerjasama erat ini kerana India mempunyai lambakan buah mangga yg hanya digunakan sebagai sumber makanan dan tidak diinovasikan kepada produk komersial yang lain seperti yang dilakukan oleh penyelidik dari UiTM.

Oleh sebab itu, kolaborasi dua hala ini penting kepada kedua-dua kumpulan penyelidik untuk terus membongkar pelbagai manfaat yang terdapat dalam buah mangga, terutamanya pada bahagian kulit, biji dan daun.

Kerjasama antara kedua-dua negara ini diharapkan dapat memperkembangkan lagi industri pertanian di Perlis dan memberikan sinar kepada para petani yang mengusahakan mangga harum manis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.