15 Mac 2023, 17:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pertubuhan Warga Emas Sihat bersedia menjadi rakan kerjasama yang penting kepada Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program penyelidikan translasi berkaitan dengan penuaan dan kesejahteraan.

Dekan FSK, UKM, YBrs. Profesor Dr. Suzana Shahar menyatakan bahawa pelibatan aktif ahli pertubuhan ini yang telah menjadi sebahagian daripada penyelidikan berkaitan dengan penuaan dan kesejahteraan telah memberikan kejayaan besar kepada pelajar.

Hal ini dibuktikan melalui pelajar seliaannya yang telah memperoleh anugerah tertinggi pada peringkat doktor falsafah, iaitu Anugerah Emas Kedoktoran semasa konvokesyen yang diadakan pada tahun 2021 yang lalu.

Pertubuhan yang dibentuk pada 24 November 2021 ini tercetus apabila kumpulan warga emas ini terlibat sebagai kumpulan perintis penyelidikan dalam Program Warga Emas Sihat pada tahun 2017 .

“Kami amat menghargai usaha yang dilakukan oleh H-Care yang telah memberikan peluang kepada pertubuhan ini untuk terlibat dalam pelbagai program seperti Wellness Fiesta, sesi fisioterapi, Majlis Sambutan 10 Tahun H-Care dan Hari Warga Emas,” kata Pengerusi Pertubuhan Warga Emas Sihat, Puan Maimun Ahmad dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Pertubuhan Warga Emas Sihat sesi 2023/2025.

Mesyuarat Agung Tahunan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Pertubuhan Warga Emas Sihat sesi 2023/2025.

 

Penyampaian cenderamata daripada Pengerusi Pertubuhan Warga Emas Sihat, Puan Maimun Ahmad (kiri) kepada Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM, YBrs. Profesor Dr. Suzana Shahar (kanan).

Majlis ini dihadiri oleh 22 orang ahli Pertubuhan Warga Emas Sihat bagi menyokong pembentukan ahli jawatankuasa yang baharu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.