14 Mac 2023, 18:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Lawatan penandaarasan pendidikan tinggi oleh Universitas Krida Wacana Christian (UKRIDA) Indonesia ke Program Optometri dan Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalamĀ  meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam memajukan Program Optometri di rantau ini.

Lawatan ini bukan sahaja menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti dan kerelevanan pendidikan tinggi, malah membuka ruang untuk mencari kekuatan dan mengenali cabaran pada peringkat universiti masing-masing bagi mewujudkan komuniti pendidikan tinggi yang lebih dinamik.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan UKRIDA, Dr. Antonius R. Castilani, pihak mereka ingin melihat pengendalian Program Optometri di FSK yang telah mendapat akreditasi oleh Majlis Optik Malaysia dan menjadi pelopor kepada bidang optometri di Malaysia.

Kami ingin mencari kaedah yang bersesuaian untuk meningkatkan kapasiti pengajaran dan penyelidikan dalam bidang optometri.

Sementara itu, Ketua Program Optometri dan Sains Penglihatan, FSK, Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin berkata pihak Program Optometri FSK amat menghargai lawatan penandaarasan ini dan berharap kerjasama positif ini boleh dipanjangkan untuk pengambilan pelajar pascasiswazah dan melatih pensyarah baharu untuk modal insan UKRIDA.

Perbincangan antara delegasi UKRIDA dengan staf akademik Program Optometri dan Sains Penglihatan, FSK, UKM.

 

Pemberian cenderamata daripada pihak FSK, UKM kepada Dekan Fakulti Perubatan UKRIDA, Dr. Antonius R. Castilani.

Delegasi yang terdiri daripada ahli akademik dan pentadbir UKRIDA melakukan lawatan di FSK, UKM selama sehari untuk mengetahui amalan terbaik pengurusan program, akta profesion optometri dan hal yang berkaitan dengan penyelidikan, pengajaran serta pelibatan masyarakat.

Semasa lawatan itu, delegasi Indonesia kagum dengan kemudahan dan kapasiti Klinik Optometri FSK, UKM yang turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata untuk masyarakat umum. Delegasi juga berpeluang melihat makmal pengajaran dan penyelidikan yang tersedia di FSK, UKM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.