5 Mac 2023, 22:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Seminar Electrophysical Agents in Physical Therapy and Rehabilitation anjuran Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) yang diadakan di Hospital Rehabilitasi ReGen hari ini bermanfaat untuk ahli fisioterapi di Malaysia yang dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang penggunaan agen elektrofizikal dalam terapi dan rehabilitasi.

YBrs. Profesor Ah-Cheng Goh dari Universiti Iryo Sosei, Iwaki, Jepun.

Menurut Presiden MPA, YBrs. Profesor Madya Dr. Haidzir Abd Manaf, seminar ini merupakan usaha murni yang dilaksanakan oleh MPA untuk membawa seminar bertaraf antarabangsa ke Malaysia.

Diharapkan melalui kursus ini juga, ahli fisioterapi di Malaysia diharapkan dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan memberikan perkhidmatan yang berkesan serta berkualiti kepada pesakit di bawah seliaan mereka.

YBrs. Profesor Madya Dr. Haidzir Abd Manaf juga telah dilantik sebagai Profesor Madya Tamu di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Iryo Sosei, Iwaki, Jepun.

 

Penyertaan peserta daripada institusi kerajaan dan swasta.

Sebanyak 50 orang ahli fisioterapi di seluruh Malaysia daripada pelbagai institusi kerajaan dan swasta telah menyertai seminar ini. Salah seorang peserta seminar ini, Puan Nur Shafiqah Khairnaim menyatakan harapan beliau agar seminar seumpama ini dapat dianjurkan pada setiap tahun kerana mampu memberikan ilmu yang berharga kepada para peserta.

 

Setakat ini, MPA telah berjaya mengadakan beberapa seminar, kursus dan bengkel yang berkualiti serta bertahap antarabangsa seperti Vestibular Rehabilitation dan Dry Needling Course Level 1.

Untuk maklumat lanjut tentang MPA dan kursus yang ditawarkan, sila layari laman sesawang MPA dan Facebook rasmi MPA.

YBrs. Profesor Madya Katsuhiro Furukawa.

 

Pembantu profesor, Yuichi Abe.

Turut hadir dalam seminar ini ialah Presiden International Society for Electrophysical Agents in Physical Therapy (ISEAPT), YBrs. Profesor Ah-Cheng Goh dan penceramah tersohor serta bertaraf antarabangsa seperti YBrs. Profesor Madya Katsuhiro Furukawa serta pembantu profesor Yuichi Abe dari Universiti Iryo Sosei, Iwaki, Jepun.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.