Oleh Rafizan Ab Aziz
17 Februari 2023, 16:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Port Dickson – Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) terus komited meneruskan usaha dalam memenuhi satu daripada modul khidmat masyarakat bagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2023. Program ini dilaksanakan di bawah Projek Penanaman Pokok Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadili dan menilai penyertaan belia dalam program berkenaan.

Perasmian penanaman pokok bakau oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam, terutamanya belia bagi mendalami aktiviti pemeliharaan alam sekitar.

Para peserta sedang menanam pokok bakau.

Sebanyak 500 pokok bakau ditanam di Hutan Simpan Paya Bakau Jimah, Port Dickson. Program yang disertai oleh 120 orang pelajar tingkatan satu merangkap peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2023 dan 120 orang pelajar tingkatan dua ini turut diiringi oleh 20 orang pengiring termasuklah ibu bapa peserta.

Penyerahan cenderamata kepada Pengetua SASER, Tuan Haji Sahak Ahmadun (tengah kanan) oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani (tengah kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Pengerusi Saserana 2022/2026.

Pada masa yang sama, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM5000 kepada pelajar Tingkatan Satu SASER bagi memenuhi dan melengkapkan modul untuk Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2023.

Para peserta program bergambar bersama-sama Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani sebagai tanda kenang-kenangan.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi PBDB, Encik Zaharruddin Abd. Majid, Pengetua SASER, Tuan Haji Sahak Ahmadun dan Pengerusi Saserana 2022/2026, Encik Norizan Hairan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.